5 Kesilapan Biasa Bisnes Malaysia Bila Mula Run Iklan
Selepas 8 tahun mengurus akaun iklan untuk pelbagai bisnes, saya perasan corak yang sama berulang. Kesilapan yang sama, dibuat oleh bisnes yang berbeza — dan kebanyakannya boleh dielakkan dari awal.
1. Run iklan tanpa tahu siapa target sebenar
“Semua orang boleh guna produk saya” bukan targeting — itu harapan. Iklan yang berkesan bermula dengan satu persona yang jelas.
2. Terus hantar traffic ke homepage
Homepage anda buat 10 kerja serentak. Landing page buat satu kerja: convert. Kalau anda hantar traffic berbayar ke homepage, anda bayar untuk pelawat yang keliru. Lihat servis landing page saya kalau anda perlukan bantuan di sini.
3. Tak pasang tracking langsung
Tanpa Pixel dan conversion tracking, anda cuma teka. Setiap ringgit yang keluar patut boleh dijejak.
4. Stop terlalu awal (atau biar terlalu lama)
Iklan perlukan masa untuk belajar — tapi bukan bermakna biarkan iklan rugi berbulan-bulan. 2–4 minggu ialah tempoh wajar untuk nampak trend awal.
5. Tiada sistem selepas lead masuk
Ini paling kritikal. Lead masuk WhatsApp, tapi tak di-reply, tak di-follow-up — akhirnya hilang. Sebab tu saya bina WA AutoPilot System — supaya setiap lead yang anda bayar untuk dapatkan, tak jadi bazir.
Kalau anda baru nak mula dan tak pasti langkah pertama, jawab quiz ringkas ini — saya akan hantar cadangan marketing plan percuma.